LENSA KPWKM

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM ISM INSPIRE 2025 ILMU, INSPIRASI, SOSIAL ANJURAN INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)

Program      12 November 2025      Kuala Lumpur    

Majlis Perasmian Penutup Program ISM Inspire 2025: Ilmu, Inspirasi, Sosial

12 November 2025

Program ISM Inspire 2025 merupakan inisiatif baharu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Institut Sosial Malaysia (ISM) yang bertujuan menyediakan platform baharu bagi membincangkan isu sosial seperti kesihatan mental, buli dan daya tahan sosial. Melalui aktiviti seperti Inspire Talk dan Podcast Inspire 2025, suara anak muda diketengahkan secara kreatif dan mudah difahami.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Kuala Lumpur. Program ini dihadiri oleh 500 peserta dan merupakan hasil kerjasama strategik antara Malaysia Association of Social Workers (MASW), institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, NGO dan sektor korporat, dalam usaha memperkasa suara belia serta membincangkan isu sosial secara inklusif dan berimpak.

ISM INSPIRE 2025 ini adalah sebahagian daripada ekosistem pembangunan sosial yang lebih besar. Penganjuran program ini bertepatan dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan sosial inklusif, dan Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 yang menjajarkan 44 dasar sosial utama negara.

KPWKM akan terus menyokong ISM untuk menjadi hub pembangunan sosial negara yang melahirkan masyarakat penyayang, seimbang dan berdaya tahan. Semoga ISM INSPIRE ini terus berkembang untuk menjadi platform yang penting dalam membina Malaysia yang lebih inklusif dan sejahtera.

Turut hadir pada program hari ini ialah YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha KPWKM (Pengurusan), YBrs. Encik Mohd Daud Bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), YBrs Puan Norhaslinda Mohd Sibi, Pengarah ISM, pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Agensi.

ATAS
Accessbility Option