AGIHAN JUADAH BERBUKA SIRI 1 KPWKM
Program Agihan Juadah Berbuka Siri 1 anjuran Surau Al-Hasanah KPWKM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPWKM telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama Setiausaha-Setiausaha Bahagian di ruang legar lobi kementerian.
Sebanyak 600 pek juadah berbuka puasa telah diagihkan kepada warga kementerian serta jabatan dan agensi di bawah KPWKM. Semoga program ini terus memperkukuh ikatan ukhwah, menyemai semangat kebersamaan dan nilai ihsan dalam kalangan warga KPWKM, seterusnya membawa keberkatan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.