LENSA KPWKM

MESYUARAT MAJLIS SOSIAL NEGARA KE-24 BIL.1 TAHUN 2026

Mesyuarat      7 Mei 2026      Kuala Lumpur    

Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Ke-24, Bilangan 1 Tahun 2026

7 Mei 2026

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat MSN Ke-24, Bilangan 1 Tahun 2026 sebelum Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara (PTDSN) 2026 - 2030 di Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 33 ahli yang terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri serta Ketua Agensi/Jabatan yang memegang portfolio sosial.

Antara isu yang telah dibincangkan ialah:
~ memperkukuh ekosistem pengurusan gelandangan mental
~ pelaksanaaan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2026-2030 (NS2.0) melalui kerjasama bersama Financial Education Network (FEN)
~ persiapan menghadapi cabaran penuaan negara

Mesyuarat ini juga telah meneliti penambahbaikan terhadap mekanisme pemantauan Dasar Sosial Negara 2030 supaya pelaksanaan PTDSN 2026 - 2030 adalah lebih berkesan, telus dan berimpak tinggi selaras dengan Malaysia MADANI.

MSN kekal menjadi badan tertinggi dalam menerajui penyelarasan isu sosial merentasi kementerian/agensi secara holistik dengan menggembleng usaha seluruh negara.

ATAS
Accessbility Option