LENSA KPWKM

PROGRAM JELAJAH KASIH KOMUNITI

Program      13 September 2025      Kedah    

Program Jelajah Kasih Komuniti

13 September 2025

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan program Jelajah Kasih Komuniti di Daerah Pokok Sena, Kedah. Program ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara Kementerian bersama kumpulan sasar.

Aktiviti jelajah dimulakan dengan kayuhan berbasikal ke rumah penerima bantuan JKM bagi menyampaikan sumbangan dan menyantuni mereka. YB Datuk Seri Dr Noraini juga telah memberi kata-kata semangat kepada klien-klien JKM bagi memastikan mereka terus positif semasa menghadapi dugaan.

Semua enam klien JKM merupakan penerima bantuan daripada JKM iaitu Bantuan Warga Emas (BWE), Bantuan Kanak-kanak (BKK), Bantuan Tidak Berupaya Bekerja(BTB) dan Bantuan Pesakit Terlantar (BPT).

Selain itu, Baitulmal dan Lembaga Zakat Negeri Kedah turut hadir bersama YB Timbalan Menteri dan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Kayuhan simbolik ke enam rumah penerima bantuan mencerminkan komitmen Kementerian terhadap kesejahteraan komuniti yang menjadi tanggungjawab kerajaan MADANI.

ATAS
Accessbility Option