LENSA KPWKM

PROGRAM WANITA GIG@BIT PERKASA WANITA DALAM BIDANG EKONOMI, DIGITAL DAN TEKNOLOGI

Mesyuarat      28 Julai 2026      Kuala Lumpur    

Program Wanita GIG@BIT Perkasa Wanita Dalam Bidang Ekonomi, Digital dan Teknologi

28 Julai 2026

KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita terus memperluas peluang kepada wanita melalui Program Wanita GIG@BIT yang menyediakan latihan kemahiran, pembangunan kapasiti, pemerkasaan digital dan program keusahawanan.

Seiring dengan perkembangan teknologi, pemerkasaan wanita melalui peningkatan kemahiran digital, literasi teknologi dan keyakinan diri perlu terus diperkukuh agar mereka mampu memanfaatkan peluang yang tersedia seterusnya meningkatkan pendapatan diri dan keluarga.

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri KPWKM ketika merasmikan Program Wanita Gigabit 2026 hari ini merakamkan ucapan penghargaan atas sokongan semua pihak yang telah menjayakan program ini. Beliau menyeru agar lebih ramai wanita berani melangkah ke hadapan untuk meneroka bidang teknologi, keusahawanan digital dan ekonomi masa hadapan.

KPWKM menerusi Jabatan Pembangunan Wanita akan terus menjadi rakan strategik yang menyediakan sokongan, bimbingan dan peluang kepada wanita agar mereka terus maju, berdaya saing dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara yang lebih inklusif dan mampan.

ATAS
Accessbility Option