LENSA KPWKM

KPWKM SOKONG TRANSFORMASI ANTIRASUAH MELALUI PENYERTAAN DALAM SAMBUTAN HARI ANTIRASUAH ANTARABANGSA 2025

Program      5 Disember 2025      Putrajaya    

KPWKM Sokong Transformasi Antirasuah Melalui Penyertaan Dalam Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2025

5 Disember 2025

YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM beserta 40 warga KPWKM telah hadir menyertai Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2025 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) disambut pada 5 Disember setiap tahun bagi mengajak masyarakat menyokong usaha memerangi rasuah dan meraikan integriti dengan tema pada tahun ini - “Bersama Perkhidmatan Awam MADANI Memerangi Rasuah: Membentuk Integriti Masa Hadapan”.

Perdana Menteri dalam ucapannya menekankan tentang isu integriti yang dikaitkan dengan nilai dan mengingatkan semua agar tidak terus alpa dan segera bangkit dari kealpaan serta membersihkan diri dari segala kekotoran yang mungkin telah terpalit.

Dalam majlis ini, Perdana Menteri turut melancarkan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE), satu rangka kerja menyeluruh untuk mengukur, menilai dan memperkukuh budaya integriti serta tatakelola secara progresif dan berterusan. Ia merupakan salah satu daripada komitmen kerajaan untuk memperkukuh sistem integriti dan tatakelola sektor awam secara menyeluruh. Inisiatif ini seiring dengan usaha reformasi tatakelola yang sedang digerakkan di peringkat nasional dan negeri.

Semua warga KPWKM, Jabatan dan Agensi diseru untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan penyampaikan perkhidmatan dilaksanakan dengan telus dan berintegriti agar kesejahteraan rakyat dapat dicapai secara menyeluruh.

ATAS
Accessbility Option