LENSA KPWKM

SUSTAINABILITY AND CSR MALAYSIA AWARDS 2025

Program      17 Julai 2025      Kuala Lumpur    

Sustainability and CSR Malaysia Awards 2025

17 Julai 2025

Majlis Sustainability and CSR Malaysia Awards 2025 telah berlangsung meriah di Kuala Lumpur dengan disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Acara perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Acara ini menghimpunkan syarikat-syarikat korporat yang komited dalam melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan pembangunan mampan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Bertemakan “Beyond Profits, Making Our World A Better Place”, majlis ini menjadi platform penting bagi mengiktiraf usaha murni sektor korporat yang telah menunjukkan komitmen tinggi melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat

Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab memimpin usaha kebajikan dan pembangunan sosial di Malaysia, KPWKM sentiasa menyokong dan menggalakkan kerjasama erat antara kerajaan, NGO dan sektor swasta dalam membantu golongan rentan, melalui pelbagai program kebajikan, perlindungan sosial serta pembangunan kapasiti. KPWKM juga komited dalam merangka dan melaksanakan program-program yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat, khususnya golongan rentan dan terpinggir.

Melalui inisiatif seperti Karnival CSR yang turut dianjurkan, kita dapat menyaksikan komitmen bersama untuk membina negara yang lebih inklusif, prihatin dan berdaya tahan. Bersama semua pihak, KPWKM akan terus memacu agenda sosial dan kelestarian demi kualiti hidup rakyat yang lebih baik.

ATAS
Accessbility Option