LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MENTERI WANITA, KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SABAH

Mesyuarat      27 Januari 2026      Kuala Lumpur    

Kunjungan Hormat Menteri KWKKR Sabah Ke Atas Menteri KPWKM

27 Januari 2026

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri hari ini menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Julita Mojungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR) bersama delegasi di Bangunan Parlimen.

Sesi pertemuan ini menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memastikan agenda pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat terus diperkasakan. Fokus perbincangan turut menyentuh mengenai penyelarasan bantuan, pembangunan kapasiti serta inisiatif kesejahteraan sosial bagi memastikan tiada golongan yang tertinggal, terutamanya wanita, kanak-kanak dan warga emas di kawasan pedalaman Sabah.

Turut hadir dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Encik Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik; Puan Nordina binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) serta Puan Norhadznita binti Mohammad Ilham, Setiausaha Bahagian Kolaborasi Strategik.

ATAS
Accessbility Option