LENSA KPWKM

ISTANBUL BUKA PELUANG BAHARU KESEJAHTERAAN KELUARGA

Mesyuarat      25 Mei 2025      Istanbul    

Istanbul buka peluang baharu kesejahteraan keluarga

Usai semua jadual rasmi, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekali lagi menerima penghormatan selamat pulang yang diketuai oleh Dr. Yasin AKAR, Ketua Pengarah Orang Kurang Upaya dan Warga Emas Türkiye di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul.

Sebelum berangkat, kedua-dua pihak sempat berkongsi pandangan mengenai pembangunan dasar bagi golongan OKU di Malaysia dan Türkiye, serta potensi kerjasama dalam memperkasa dan memperluas peranan golongan ini agar dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat dan suasana pekerjaan yang bakal dihadapi msing-masing.

Pertemuan dua hala ini diharap akan menjadi satu permulaan kepada kerjasama lebih erat dalam memperkukuh dasar inklusif antara dua negara sahabat.

ATAS
Accessbility Option