LENSA KPWKM

1ST JTWG MALAYSIA - SINGAPORE

Mesyuarat      6 Ogos 2025      Pilihan    

1ST JTWG MALAYSIA - SINGAPORE

6 - 7 Ogos 2025

Bagi melaksanakan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Malaysia dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Singapura pada 24 Disember 2024, 1st Joint Technical Working Group (JTWG) Malaysia-Singapore telah diadakan pada 6 hingga 7 Ogos 2025 di Malaysia.

YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM telah mengetuai delegasi Malaysia dan mempengerusikan mesyuarat bersama-sama dengan Pn. Ong Ai Hua, Timbalan Ketua Setiausaha (Keluarga dan Masyarakat), MSF pada 6 Ogos 2025. Mesyuarat tersebut telah membincangkan Terma Rujukan JTWG, program kerjasama di antara kedua-dua Kementerian dan perkongsian maklumat tentang pelaksanaan dasar untuk kumpulan sasar KPWKM dan MSF.

Sesi JTWG kemudiannya telah disusuli dengan lawatan ke Taman Sinar Harapan Ziyad Zolkefli, Cheras di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memberikan penerangan berhubung institusi tersebut dan membawa delegasi melihat aktiviti penghuni di TSH merangkumi pembuatan biskut, nyanyian nasyid, melukis, hidroterapi, bilik snoozelen dan bilik terapi stress.

Pada 7 Ogos 2025 delegasi telah dibawa melawat Laman Wanita (LAWA) Masjid Tanah, Melaka sebagai salah satu program pemerkasaan wanita di bawah KPWKM. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah memberikan taklimat berhubung LAWA kepada delegasi dan membawa mereka melihat aktiviti yang dilakukan oleh peserta LAWA merangkumi bengkel jahitan dan hasil kraftangan usahawan wanita.

Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS), JKM, JPW dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah terlibat sebagai delegasi Malaysia untuk 1st JTWG ini. Manakala, pegawai MSF dari International Relations Division, Enabling Division dan Family and Early Childhood Division telah terlibat sebagai delegasi Singapura.

ATAS
Accessbility Option