LENSA KPWKM

KPWKM KOMITED PERKUKUH PENGURUSAN TATAKELOLA BAIK MELALUI MESYUARAT JAWATANKUASA TATAKELOLA PERINGKAT KEMENTERIAN BIL. 3/ 2025

Mesyuarat      15 Disember 2025      KPWKM    

KPWKM komited perkukuh pengurusan tatakelola baik melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Peringkat Kementerian Bil. 3/ 2025

15 Disember 2025

Bagi memastikan tindakan berfokus dan berkesan dapat diambil oleh Kementerian bagi menangani isu-isu kelemahan tatakelola yang berpotensi menyebabkan ketirisan wang Kerajaan, pembaziran, serta risiko rasuah dan salah guna kuasa, Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Kementerian Bil. 3/2025 telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 36 KPWKM.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.Antara perkara yang dibentangkan sewaktu mesyuarat adalah berkaitan Laporan Pelaksanaan ABMS KPWKM, Laporan SPRM, Laporan Penambahbaikan Tatakelola, Laporan Pengurusan Aduan SISPAA dan Laporan Naziran Pengukuhan Integriti.

Turut ditekankan mengenai tanggungjawab kepimpinan dalam memantau disiplin, pematuhan etika serta keberadaan pegawai di pejabat. Pelanggaran etika yang terbukti perlu ditangani dengan ketegasan maksimum mengikut peraturan tatatertib sedia ada, tanpa kompromi. Ini adalah penting demi menjamin kelancaran operasi, memperkukuh nilai akauntabiliti dan ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan awam kepada masyarakat.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan, Setiausaha-setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Unit serta wakil-wakil jabatan,bahagian dan Unit di KPWKM.

ATAS
Accessbility Option