Kempen Kesihatan Wanita UPNM 2025
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Kempen Kesihatan Wanita Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang melibatkan warga kampus termasuk pelajar dan staf.
Dengan membawa mesej “Wanita Sihat, Generasi Sihat”, kempen ini bertujuan mengangkat kesedaran tentang kepentingan kesihatan wanita sebagai tunjang kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.
Antara pengisian menarik termasuklah ceramah pemakanan Fuel Up, Glow Up, kesihatan mental Cegah Burn Out, Bina Resilien, saringan kesihatan, senamrobik, pemeriksaan gigi, serta pameran gaya hidup sihat.
KPWKM komited untuk terus memperkukuh usaha memperkasakan kesihatan wanita melalui kolaborasi strategik bersama institusi pendidikan, agensi kerajaan dan masyarakat.