LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN BERSAMA JABATAN DAN AGENSI BERHUBUNG CADANGAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI MASYARAKAT

Mesyuarat      19 Ogos 2025      KPWKM    

Sesi Libat Urus Kementerian Bersama Jabatan dan Agensi Berhubung Cadangan Pembangunan Pelan Strategik Kesejahteraan Psikologi Masyarakat

19 Ogos 2025

Satu sesi libat urus Kementerian bersama Jabatan dan Agensi di bawahnya telah diadakan bagi mendapatkan pandangan, maklum balas serta input menyeluruh daripada Pegawai Psikologi KPWKM berhubung cadangan pembangunan Kerangka Strategik Kesejahteraan Psikologi Masyarakat.

Seramai 20 orang pegawai telah terlibat dalam sesi ini yang memberi fokus kepada aspek kesejahteraan psikologi sebagai teras kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Pembangunan kerangka ini juga diselaraskan dengan Kerangka Hala Tuju Perkhidmatan Psikologi 2026-2030 yang merupakan pemetaan perkhidmatan psikologi secara holistik dan inklusif.

KPWKM komited untuk memperkukuh ekosistem sokongan psikologi negara melalui pendekatan bersepadu ke arah pembentukan masyarakat MADANI yang sejahtera fizikal dan mental.

ATAS
Accessbility Option