KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN CHOW KIT KE ATAS YB MENTERI KPWKM
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Chow Kit (YCK) yang diketuai oleh YBrs. Puan Ananti Rajasingam, Ketua Pegawai Eksekutif YCK bersama-sama wakil Child Rights Coalition Malaysia (CRCM) dan wakil Rumah Kanak-Kanak Vivekananda Rembau.
Antara matlamat kunjungan ini adalah bagi membincangkan usaha memperkukuh sistem perlindungan kanak-kanak di Malaysia, khususnya dalam aspek pelaporan awal, pengesanan penderaan dan penambahbaikan pengawasan di institusi jagaan.
Perbincangan turut menyentuh keperluan memperkasa kesedaran awam, memperkukuh mekanisme pelaporan serta memastikan setiap kanak-kanak dilindungi melalui tindakan yang lebih pantas, bersepadu dan berkesan.
KPWKM sangat menghargai peranan aktif rakan-rakan NGO dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan perlindungan kanak-kanak serta memperkukuh kesedaran awam. KPWKM yakin bahawa perlindungan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dan komitmen terhadap isu ini akan terus diperkasa melalui kerjasama erat antara kerajaan dan rakan strategik.