LENSA KPWKM

INTERNATIONAL FORUM “THE ROLE OF WOMEN IN MODERN SOCIETY PROMOTING INTERNATIONAL COOPERATION FOR SUSTAINABLE DEVELOPMENT

Program      10 Disember 2025      Awaza, Turkmenistan    

International Forum “The Role of Women in Modern Society: Promoting International Cooperation for Sustainable Development

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengetuai delegasi Kementerian ke International Forum “The Role of Women in Modern Society: Promoting International Cooperation for Sustainable Development” di Awaza, Turkmenistan pada 10 Disember 2025. Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada peranan penting wanita dalam kerjasama antarabangsa, serta penglibatan sosial wanita dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pembangunan kemanusiaan.

Dalam sesi plenari yang bertajuk “Expanding Multilateral Dialogue and Partnership as a Factor in Strengthening the Role of Women in Political, Economic and Socio-Humanitarian Dimensions”, YB Menteri telah menyampaikan ucapan yang menekankan komitmen Malaysia dalam memperkukuh pemerkasaan wanita melalui dasar nasional, program pembangunan dan kerjasama multilateral. Di samping itu, YB Menteri turut berucap semasa sesi thematic yang bertajuk “Economic Opportunities for Women”. Semasa sesi tersebut, YB Menteri menegaskan peranan negara dalam memajukan agenda pemerkasaan ekonomi wanita melalui peningkatan penyertaan tenaga kerja, pengembangan kemahiran digital serta pemantapan dasar sokongan keluarga.

Forum ini turut dihadiri oleh TYT Mohd Suhaimi Ahmad Tajuddin, Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan, Encik Mohd Daud Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KPWKM serta pegawai-pegawai Kementerian.

ATAS
Accessbility Option