LENSA KPWKM

BENGKEL MENGENAL KANAK-KANAK KURANG UPAYA (OKU) SIRI 2

Latihan      9 Ogos 2025      Sarawak    

BENGKEL MENGENAL KANAK-KANAK KURANG UPAYA (OKU) SIRI 2

9 Ogos 2025

Yang Berusaha Tuan Mohd Daud bin Mohd Ariff, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM telah merasmikan Bengkel Mengenal Kanak-Kanak Kurang Upaya (OKU) Siri Ke-2 di Kuching, Sarawak.

Bengkel ini merupakan satu usaha penting hasil inisiatif NAECCEM dan selari dengan hasrat Menteri KPKWM bagi memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya golongan ibu bapa untuk mengenal pasti anak-anak OKU di peringkat awal dan seterusnya mewujudkan suasana komunikasi inklusif antara ibu bapa dan anak-anak keperluan khas tersebut.

KPWKM menyambut baik usaha-usaha yang dijalankan oleh NAECCEM dan berharap agar lebih banyak lagi badan badan bukan kerajaan mengadakan program seumpama ini. KPWKM sentiasa komited dan menyokong pihak pihak berkepentingan (stakeholders) bagi memastikan pengasuhan dan penjagaan awal kanak-kanak di negara ini berada pada tahap yang berkualiti.

Peserta-peserta bengkel terdiri daripada pelbagai latar belakang khususnya para pengusaha serta pengasuh bagi memberi pendedahan kepada mereka untuk mengenal pasti anak anak OKU di peringkat awal. Program ini juga berupaya menjadi satu bentuk ‘career advancement’ bagi pengasuh dan pihak yang ingin mendalami bidang pembangunan awal kanak-kanak OKU.

Dalam ucapan beliau, TKSU (S), antara lain, telah menekankan bahawa pengusaha dan pengasuh TASKA perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran serta instrumen penilaian yang sesuai untuk mengenal pasti potensi dan keperluan perkembangan kanak-kanak terutamanya bagi kanak-kanak OKU yang memerlukan perhatian khusus.

ATAS
Accessbility Option