LENSA KPWKM

KURSUS COACHING FOR LEADERS

Program      13 Mei 2026      KPWKM    

Kursus Coaching For Leaders

13–14 Mei 2026

Keupayaan seorang pemimpin bukan sekadar diukur melalui kebolehan mentadbir tetapi juga melalui kemampuan membimbing, membina potensi dan menginspirasikan perubahan. Berteraskan aspirasi tersebut, Kursus Coaching For Leaders telah diadakan pada 13–14 Mei 2026 di Dewan Perdana Nur, KPWKM dengan penglibatan 40 orang peserta dari Gred 5 dan ke atas daripada pelbagai agensi di bawah KPWKM.

Program ini memberi pendedahan kepada pendekatan coaching (pandu citra) sebagai pemangkin kepada kepimpinan yang lebih efektif, membudayakan nilai empati dan berimpak tinggi dalam organisasi.

Melalui inisiatif Pandu Citra INTAN, peserta didedahkan dengan budaya bimbingan yang menekankan potensi insan, pembangunan prestasi dan kekuatan komunikasi dalam organisasi. Pendekatan “unlocking people’s potential” bukan sahaja membantu membina pasukan yang lebih dinamik, malah memperkasa pemimpin untuk memimpin dengan lebih bermakna, strategik dan berkesan.

Selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), kursus ini menjadi platform penting dalam melahirkan barisan pemimpin yang bukan sekadar mengurus tetapi mampu membimbing, menginspirasikan serta mencorakkan budaya kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan awam.

ATAS
Accessbility Option