LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT OLEH TYT MRS. ZEHRA ZUMRUT SELCUK, KETUA PENGARAH SESRIC KE ATAS YB DATO' SRI HAJAH NANCY SHUKRI, MPWKM

Lawatan      9 Julai 2025      KPWKM    

Kunjungan Hormat Oleh TYT Mrs. Zehra Zumrut Selcuk, Ketua Pengarah SESRIC Ke Atas YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

9 Julai 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Mrs. Zehra Zümrüt SELÇUK, Ketua Pengarah The Statistical, Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries (SESRIC), serta Dr. Atilla KARAMAN, Pengarah Latihan dan Kerjasama Teknikal SESRIC.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan bidang tumpuan utama SESRIC serta meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting seperti pemerkasaan ekonomi wanita dan keterangkuman digital, pembangunan kemahiran dan pembelajaran antara generasi, kesejahteraan siber belia dan literasi digital, keusahawanan wanita, sistem penjagaan dan pengambilan anak angkat serta pelaksanaan inisiatif projek bersama di bawah kerangka Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

KPWKM amat mengalu-alukan kerjasama antarabangsa dalam mengukuhkan agenda kesejahteraan dan pembangunan mampan bagi kumpulan sasar kementerian.

Turut sama hadir dalam sesi kunjungan hormat ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM serta wakil-wakil dari bahagian dan jabatan KPWKM.

ATAS
Accessbility Option