LENSA KPWKM

SIARAN LANGSUNG PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA BERSAMA WARGA KEMENTERIAN

Program      8 Disember 2025      Putrajaya    

Warga KPWKM memulakan awal pagi Isnin dengan berhimpun di Dewan Perdana Nur bagi mendengar amanat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim secara dalam talian.

Semasa sesi perjumpaan ini, YAB Perdana Menteri mengingatkan setiap warga Kementerian untuk meningkatkan kualiti kerja dan prestasi dari semasa ke semasa. Beliau menyatakan bahawa inisiatif dan program yang dijalankan Kerajaan bukan sesuatu yang sedia ada, tetapi melibatkan kerja pasukan, komitmen, dedikasi, keikhlasan dan keupayaan untuk mengubah kaedah pelaksanaannya. Beliau turut menekankan agar diberikan ruang kepada pegawai- pegawai dalam memberikan cadangan dan pandangan demi mewujudkan sebuah kerja berpasukan dan memastikan kualiti kerja lebih berkesan.

Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri memakai warna oren sebagai simbolik tanda sokongan kepada Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita. Turut sama hadir menyaksikan siaran langsung majlis perhimpunan ini ialah YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.

KPWKM menyokong penuh usaha penambahan nilai kepada Perhimpunan Bersama Perdana Menteri yang diperluas ke semua Kementerian mengikut penggiliran yang akan ditentukan dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada semua kementerian untuk menjadi tuan rumah kepada perjumpaan yang sebelum ini hanya dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM). Tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) selaku kementerian pertama menjadi tuan rumah Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian bagi bulan Disember 2025.

ATAS
Accessbility Option