Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Melaka
19 Oktober 2025
Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka menutup tirainya hari ini setelah berlangsung selama tiga hari di Politeknik Merlimau. Majlis Perasmian Penutup PMR 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan berjaya menarik kehadiran ribuan pengunjung dari seluruh negeri.
Sambutan di reruai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat menggalakkan, apabila warga Melaka tidak melepaskan peluang hadir pada hari terakhir untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan seperti saringan kesihatan oleh LPPKN, kaunseling oleh Lembaga Kaunselor, serta khidmat bantuan sosial dan kekeluargaan daripada pelbagai agensi KPWKM.
Sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penyampaian perkhidmatan cemerlang sepanjang program, wakil KPWKM turut menerima sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan menjayakan program ini. Anda adalah nadi kekuatan Malaysia MADANI.
“Menjamin Pertahanan dan Kedaulatan Negara”