LENSA KPWKM

PROGRAM TOLERANSI SIFAR KEGANASAN: KITO JAGO KITO, TOLAK GANGGUAN SEKSUAL

Program      15 Jun 2026      Kelantan    

Program Toleransi Sifar Keganasan: Kito Jago Kito, Tolak Gangguan Seksual

15 Jun 2026

Usaha bagi menangani isu berkaitan gangguan seksual terus dipergiat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak menormalisasikan perbuatan ini. YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM hari ini telah menyempurnakan Program Toleransi Sifar Keganasan: Kito Jago Kito, Tolak Gangguan Seksual yang diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Bagi memastikan masyarakat menerima bantuan yang menyeluruh dan berkesan, Kerajaan menyediakan pelbagai perkhidmatan respons bersepadu dan berkoordinasi merentas pelbagai disiplin melalui sistem sokongan yang komprehensif. Perkhidmatan ini merangkumi:

-penyediaan kaunseling dan sokongan psikososial melalui Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu
-Pusat Sokongan Sosial Setempat (One-Stop Social Support Centre) seperti PRISMANITA di bawah kelolaan JPW
-Pusat Sokongan Sosial Setempat YKN yang berfungsi sebagai pusat rujukan khas bagi menyediakan perkhidmatan psikososial dan sokongan sosial kepada masyarakat.

YBhg. Datuk Dr. KSU dalam ucapannya menyeru semua pihak untuk bersama-sama membantu KPWKM dalam memperluas advokasi berkaitan gangguan seksual. Beliau juga menyeru mangsa agar berani bersuara dan jangan takut untuk melaporkan sebarang bentuk gangguan seksual melalui saluran yang betul. Masyarakat juga perlu memberikan sokongan sewajarnya kepada mangsa agar mereka tidak berjuang sendirian dalam menghadapi isu ini.

ATAS
Accessbility Option