KURSUS ASAS PENGENDALIAN KECEMASAN, CPR & AED
Seramai 35 orang warga KPWKM/Jabatan/Agensi telah menyertai Kursus Asas Pengendalian Kecemasan, CPR & AED yang berlangsung di Avillion Admiral Cove, Port Dickson pada 19 hingga 21 Ogos 2025.
Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai ilmu asas kecemasan seperti:
-Rawatan luka, patah & melecur
-Menangani kes terbakar
-Menyelamatkan nyawa melalui CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation)
-Penggunaan AED (Automated External Defibrillator)
Hari terakhir, peserta diuji melalui simulasi kecemasan, teori & praktikal CPR. Mereka yang lulus telah menerima Sijil Kompetensi & Kad CPR yang sah untuk 3 tahun.
Pelaksanaan kursus ini membuktikan komitmen KPWKM dalam memperkukuh kesiapsiagaan warga kementerian menghadapi situasi kecemasan, seiring dengan peranan KPWKM sebagai kementerian barisan hadapan ketika bencana.