LENSA KPWKM

COURTESY CALL BY THE WOMEN’S MEMBER OF PARLIAMENT OF THE DEMOCRATIC REPUBLIC OF TIMOR-LESTE

Mesyuarat      12 Disember 2025      KPWKM    

Courtesy Call by the Women’s Member of Parliament of the Democratic Republic of Timor-Leste

12 Disember 2025

Satu delegasi dari Timor Leste iaitu Women’s Member of Parliament of the Democratic Republic of Timor-Leste telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 12 Disember 2025 bagi membincangkan tentang pengalaman dan dasar Malaysia berhubung program pemerkasaan wanita dan gender. Delegasi dari Timor Leste telah diketuai oleh H.E. Lusia Taeki, Timbalan Presiden, Parlimen Wanita, Parti CNRT. Manakala, delegasi KPWKM telah diketuai oleh YBrs. Dr. Satish Ranggayah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA).

Sewaktu sesi kunjungan hormat ini, wakil-wakil dari BHA, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS), Bahagian Kolaborasi Strategik (BKS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara (LPPKN) telah membentangkan mengenai peranan, kumpulan sasar, dasar, akta dan pelan tindakan di bawah KPWKM, inisiatif pemerkasaan wanita, penyertaan wanita dalam politik, inisiatif kesaksamaan gender, perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga, Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI), Program Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif & Sosial (KRS) serta industri penjagaan sebagai pemacu pemerkasaan wanita.

Delegasi Timor Leste pula telah berkongsi berhubung dasar 30% wanita di parlimen di mana bagi setiap 2 ahli parlimen lelaki perlu ada seorang ahli parlimen wanita. Sekiranya ahli parlimen wanita yang dilantik tidak dapat menjalankan tugas dan perlu diganti, beliau perlu digantikan oleh ahli parlimen wanita dan tidak boleh digantikan oleh ahli parlimen lelaki bagi memastikan kuota wanita di parlimen tidak berkurangan.

Pertemuan ini mencerminkan jalinan kerjasama di antara Malaysia dengan Timor Leste sebagai Negara Anggota ASEAN ke-11 dalam memperkasa wanita dan kesaksamaan gender.

ATAS
Accessbility Option