LENSA KPWKM

PROGRAM DARI KERJAYA KE PERSARAAN HAK, FAEDAH DAN TANGGUNGJAWAB PESARA KERAJAAN

Program      5 Februari 2026      KPWKM    

Dari Kerjaya ke Persaraan: Hak, Faedah dan Tanggungjawab Pesara Kerajaan

5 Februari 2026

Persaraan merupakan satu fasa penting dalam kitaran perkhidmatan penjawat awam yang memerlukan kefahaman menyeluruh dari aspek hak, faedah serta tanggungjawab selepas tamat tempoh perkhidmatan. Walaupun persaraan sering dilihat sebagai penamat kepada kerjaya, hakikatnya ia merupakan satu permulaan baharu yang memerlukan persediaan rapi dari segi kewangan, perundangan, kesejahteraan sosial dan peranan berterusan sebagai warga yang menyumbang kepada negara.

PUSPANITA Cawangan KPWKM pada hari ini telah menganjurkan satu program bertajuk Dari Kerjaya ke Persaraan: Hak, Faedah dan Tanggungjawab Pesara Kerajaan yang melibatkan penyertaan seramai 120 orang peserta terdiri daripada kakitangan penjawat awam di KPWKM dan agensi di bawahnya. Perkongsian ini disampaikan oleh YBrs. Puan Anom binti Mohd. Omar, Timbalan Pengarah (Operasi), Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan KPWKM. Turut hadir ialah YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Kebajikan Masyarakat merangkap Timbalan PUSPANITA III, PUSPANITA Cawangan KPWKM.

Antara perkongsian dan dialog interaktif sepanjang program ini merangkumi topik-topik berikut:

a) Gambaran keseluruhan sistem pencen perkhidmatan awam
b) Hak dan faedah pesara kerajaan
c) Tanggungjawab dan perkara yang perlu dipatuhi selepas persaraan
d) Isu-isu lazim berkaitan urusan pencen dan persaraan

Diharapkan program ini dapat menjadi medium pencerahan dan persediaan awal kepada para peserta agar mereka lebih bersedia dari aspek fizikal, mental, kewangan, perundangan dan sosial untuk melangkah ke alam persaraan dengan lebih terancang.

ATAS
Accessbility Option