LENSA KPWKM

SIMPOSIUM PENGUKUHAN POLISI KEPADA REALITI KEGANASAN RUMAH TANGGA MENDEPANI CABARAN DAN PEMERKASAAN INSTITUSI KEKELUARGAAN SIRI 1

Program      5 November 2026      Kuala Lumpur    

SIMPOSIUM PENGUKUHAN POLISI KEPADA REALITI KEGANASAN RUMAH TANGGA: MENDEPANI CABARAN DAN PEMERKASAAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

Bahagian Kesejahteraan Wanita, Kanak-Kanak dan Keluarga (BWKK), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menganjurkan Simposium Pengukuhan Polisi kepada Realiti Keganasan Rumah Tangga: Mendepani Cabaran dan Pemerkasaan Institusi Kekeluargaan bertempat di Kuala Lumpur.

Simposium ini bertujuan memperkukuh penggubalan dan penambahbaikan dasar berkaitan pengurusan keganasan rumah tangga (KRT) melalui pendekatan berasaskan bukti (evidence-based), dengan mengambil kira pengalaman serta realiti pelaksanaan di lapangan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Simposium ini turut disertai oleh wakil Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Pengajian Tinggi serta pihak berkepentingan yang lain. Selesai majlis perasmian, YB Menteri turut meluangkan masa melawat reruai perkhidmatan yang disediakan sempena simposium ini.

Pelbagai pengisian telah diadakan, antaranya dua sesi forum panel di bawah tajuk Lensa Lapangan dan Naratif Realiti Keganasan Rumah Tangga yang memfokuskan kepada tema “Penguatkuasaan, Perundangan dan Perlindungan” serta “Rawatan, Pemulihan dan Ekosistem Sokongan”.

Program turut diteruskan dengan Sesi Libat Urus Pemegang Kepentingan KRT bersama YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, dan barisan pengurusan tertinggi KPWKM. Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan daripada pihak berkepentingan bagi menambah baik dasar, prosedur operasi standard (SOP) serta mekanisme penyampaian perkhidmatan berkaitan pengurusan KRT.

Hasil perbincangan dan input yang diperoleh sepanjang simposium ini akan dirumuskan sebagai asas penyediaan laporan hala tuju dan cadangan resolusi bagi memperkukuh dasar serta mekanisme pelaksanaan dalam menangani isu KRT.

ATAS
Accessbility Option