LENSA KPWKM

VALIDATION WORKSHOP ON SOMSWD WORK PLAN 2026-2030 DI JAKARTA

Mesyuarat      19 Ogos 2026      Indonesia    

VALIDATION WORKSHOP ON SOMSWD WORK PLAN 2026-2030 DI JAKARTA, 19-20 OGOS 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyertai “Validation Workshop on SOMSWD Work Plan 2026-2030” anjuran AsiaDHHRA dan Australia for ASEAN Futures di Jakarta, Indonesia.

Bengkel tiga hari dari 19 hingga 20 Ogos 2026 ini bertujuan menyediakan platform kepada Negara Anggota ASEAN (AMS) untuk meneliti dokumen End Term Review (ETR) mengenai pelaksanaan SOMSWD Work Plan 2021–2025 serta mengesahkan dokumen SOMSWD Work Plan 2026–2030 yang akan memperincikan hala tuju badan sektoral Senior Officials on Social Welfare and Development (SOMSWD) bagi tempoh lima tahun yang seterusnya.

Delegasi SOMSWD Malaysia diwakili oleh Puan Veronica Dominic, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kesejahteraan Masyarakat, KPWKM dan Puan Najihah Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Kelaurga Negara (LPPKN). Wakil SOMSWD Malaysia telah menyuarakan pandangan dan pendirian terhadap cadangan Pelan Kerja SOMSWD 2026–2030, termasuk mengesahkan output dan aktiviti bagi setiap Program Utama.

Penyertaan KPWKM dalam Validation Workshop on SOMSWD Work Plan 2026-2030 menujukkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuhkan kerjasama serantau bagi pembangunan kebajikan dan sosial. Penyertaan ini turut memastikan pandangan serta keutamaan Malaysia diambil kira dalam memuktamadkan SOMSWD Work Plan 2026-2030.

ATAS
Accessbility Option