LENSA KPWKM

MESYUARAT PENYELARASAN STRATEGIK PENGUKUHAN POLISI KEGANASAN RUMAH TANGGA

Program      6 November 2026      Kuala Lumpur    

MESYUARAT PENYELARASAN STRATEGIK PENGUKUHAN POLISI KEGANASAN RUMAH TANGGA

6 November 2026

Mesyuarat Penyelarasan Strategik Pengukuhan Polisi Keganasan Rumah Tangga (KRT) telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), bertempat di Kuala Lumpur. Mesyuarat ini diadakan sebagai kesinambungan kepada Simposium Pengukuhan Polisi kepada Realiti Keganasan Rumah Tangga yang berlangsung pada 5 November 2026.

Mesyuarat ini membincangkan rumusan dapatan simposium yang telah dibentangkan oleh Pasukan Penyediaan Pelaporan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) bersama barisan jurulapor yang dilantik daripada Kementerian dan Jabatan yang terlibat dalam pengurusan kes KRT. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penelitian syor penambahbaikan serta penetapan hala tuju tindakan susulan.

Antara perkara utama yang diberi perhatian ialah penentuan keutamaan tindakan, penyelarasan peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan serta mekanisme pelaksanaan dan pemantauan. Syor yang dikemukakan akan diteliti dengan lebih lanjut bersama pihak-pihak berkaitan bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan yang bersesuaian.

KPWKM komited untuk terus memperkukuh pendekatan berasaskan data dan bukti dalam usaha menambah baik dasar serta pengurusan kes KRT dengan lebih sistemastik dan menyeluruh.

ATAS
Accessbility Option