LENSA KPWKM

KETUA SETIAUSAHA KPWKM TURUN PADANG PANTAU PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN

Lawatan      21 Mei 2026      Selangor    

Ketua Setiausaha KPWKM Turun Padang Pantau Pelaksanaan Projek Pembangunan

21 Mei 2026

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha, KPWKM telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh dan Rumah Perlindungan Wanita Zon Tengah bagi memantau perkembangan projek naik taraf dan penyelenggaraan yang diluluskan peruntukan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) Tahun 2026.

Lawatan Turun Padang ini merupakan manifestasi KPWKM bagi memastikan kecekapan pelaksanaan projek demi memberikan impak perlindungan yang maksima, selamat dan kondusif kepada kumpulan sasar (penghuni). Pemantauan secara berkala ini telah menjadi indikator penting kepada KPWKM dalam menterjemahkan perancangan strategik Kerajaan kepada impak nyata yang boleh dirasai terus oleh rakyat.

KPWKM terus komited untuk memastikan setiap infrastruktur kebajikan yang disediakan berupaya berfungsi pada tahap optimum, sekali gus memperkasakan lagi sistem penyampaian perkhidmatan sosial di negara ini.

Hadir sama dalam sesi lawatan ini ialah wakil Agensi Pusat daripada Kementerian Kewangan (MOF), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

ATAS
Accessbility Option