LENSA KPWKM

PROGRAM IHYA RAMADAN KPWKM 2026

Program      5 Mac 2026      KPWKM    

PROGRAM IHYA RAMADAN KPWKM 2026

5 Mac 2026

Memasuki 15 Ramadan, seramai 325 orang warga KPWKM telah berkumpul pada Program Ihya’ Ramadan KPWKM 2026 bertemakan “Keberkatan Dalam Kebersamaan” bagi meraikan bulan penuh keberkatan ini. Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bagi mengupas tema Ihya’ Ramadan pada tahun ini, sesi tazkirah oleh Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah diadakan di samping bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Tuan Mohamad Husaini Mahmur, Johan Qari Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran
Peringkat Antarabangsa ke-64.

Majlis ini juga lebih bermakna dengan penyampaian sumbangan kepada penerima wakalah KPWKM bagi menzahirkan keprihatinan KPWKM terhadap warga kerjanya yang memerlukan.

Penganjuran program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga dengan menyemai nilai IHSAN dalam diri selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri KPWKM, YBhg. Datuk Dr Maziah Che Yusoff, KSU KPWKM, barisan Majlis Pengurusan Tertinggi serta warga kerja KPWKM dan Jabatan serta agensi di bawahnya.

ATAS
Accessbility Option