LENSA KPWKM

BENGKEL CONCLUDING OBSERVATIONS DIALOG KONSTRUKTIF LAPORAN BERKALA KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK (CRC)

Latihan      14 Julai 2026      Kuala Lumpur    

BENGKEL CONCLUDING OBSERVATIONS DIALOG KONSTRUKTIF LAPORAN BERKALA KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK (CRC)

14 Julai 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selaku Kementerian peneraju berkaitan hak kanak-kanak bersama-sama Kementerian lain terus komited dalam memastikan usaha-usaha penambahbaikan dilaksanakan selaras dengan saranan pihak Jawatankuasa Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Justeru itu, delegasi Malaysia yang telah membentangkan Laporan Berkala Kedua Hingga Keempat Konvensyen CRC di Geneva, Switzerland dengan jayanya pada 22 dan 23 Januari 2026 telah menganjurkan sesi bengkel pada 14 Julai 2026 bersama-sama semua Kementerian/Agensi yang berkaitan dalam menganalisis ulasan penuh oleh pihak Jawatankuasa CRC yang juga dikenali sebagai dokumen Concluding Observations.

Salah satu pengisian semasa Bengkel tersebut ialah forum bertajuk “Beyond the Report: Charting the Way for Malaysia’s Concluding Observations”. YBrs. En. Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel untuk berkongsi perspektif dan perancangan Kementerian terhadap pelaksanaan cadangan dalam Concluding Observations CRC.

Turut sama sebagai ahli panel ialah Dr Farah Nini Dusuki, Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM dan Dr Mikiko Otani, President, Child Rights Connect dan Bekas Pengerusi Jawatankuasa CRC. Selain itu, sesi panel ini turut melibatkan Dato’ Yasmeen Muhamad Shariff, ahli Jawatankuasa CRC dari Malaysia yang baru sahaja terpilih bagi penggal 2027-2031.

KPWKM amat menghargai sokongan berterusan semua Kementerian/Agensi dalam mengangkat hak kanak-kanak di Malaysia dan juga rakan strategik seperti UNICEF Malaysia, SUHAKAM dan OHCHR.

ATAS
Accessbility Option