Sesi Kunjungan Hormat Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah (RKTBC) bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
11 November 2026
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telah menerima kunjungan hormat daripada Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras, bertempat di Bangunan Parlimen.
Pertemuan ini menjadi platform penting bagi merangka serta mengukuhkan usaha strategik berkenaan kebajikan, perlindungan dan penambahbaikan fasiliti institusi demi kesejahteraan anak-anak di bawah seliaan.
Sesi pertemuan ini turut dihadiri oleh barisan pegawai kanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
KPWKM kekal komited untuk memastikan kebajikan, keselamatan, dan masa depan anak-anak di institusi jagaan sentiasa dipelihara dan diutamakan.