LENSA KPWKM

PROGRAM LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN KLINIK GUAMAN SYARIE ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN KPWKM

Program      4 Julai 2025      KPWKM    

Program Literasi Undang-Undang Syariah & Klinik Guaman Syarie

4 Julai 2025

PUSPANITA cawangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat (KPWKM) dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah menganjurkan Program Literasi Undang-Undang Syariah & Klinik Guaman Syarie yang diadakan di Dewan Perdana Nur, KPWKM.

Dengan membawa topik yang menarik iaitu “Wanita Tersakiti: Terus Tersembam Di Bumi Atau Terbang Tinggi? Anda Pilih”, pelbagai isu yang dibincangkan sepanjang forum ini berlangsung merangkumi konflik kekeluargaan dan cara menanganinya dari sudut undang-undang melibatkan Mahkamah Syariah dan Sivil.

Forum ini turut menampilkan dua ahli panel hebat iaitu Puan Mona binti Din, seorang aktivis dan Encik Moeis bin Basri, Timbalan Presiden PGSM serta Encik Mohd Ridhwan Husin selaku moderator forum.

Diharapkan program ini dapat memberi impak positif kepada para peserta di samping memperkasa kefahaman mereka tentang hak-hak di bawah undang-undang syariah dan sivil serta menggunakan saluran guaman yang tersedia jika berdepan dengan kemelut rumah tangga.

ATAS
Accessbility Option