LENSA KPWKM

MEMPERLUAS AKSES SOKONGAN AUTISME KEPADA KOMUNITI

Lawatan      25 September 2026      Sarawak    

MEMPERLUAS AKSES SOKONGAN AUTISME KEPADA KOMUNITI

25 September 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terus memperluas akses individu autisme dan keluarga kepada perkhidmatan sokongan yang lebih komprehensif, berstruktur dan berasaskan keperluan semasa menerusi Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA).

Pada tahun 2026, Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan peruntukan khas bagi menyediakan perkhidmatan sokongan tambahan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Sarawak, tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) masing-masing di Kuching, Sibu dan Miri telah dipilih untuk melaksanakan PPA dengan menyediakan rangkaian perkhidmatan yang merangkumi saringan dan pengesanan awal, penilaian, intervensi, sokongan kepada keluarga dan komuniti serta perkhidmatan informasi dan rujukan.

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah mengadakan lawatan kerja bagi memantau persediaan PPA di Persatuan Autisme Kuching (KAA) yang akan menerima seramai 55 klien baharu di bawah inisiatif ini.

Turut serta dalam sesi lawatan itu ialah YBrs. Encik Ibrahim Abdullah, Timbalan Pengarah Belanjawan Negara (Sosial), MOF dan Ketua-Ketua Jabatan di bawah KPWKM.

ATAS
Accessbility Option