BANTUAN BERKAITAN WANITA

Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) yang berkuatkuasa pada tahun 2001 adalah disasarkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan melaksanakan program-program KPWKM yang berteraskan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi. Manakala PERANTIS merupakan platform pembangunan bakat dan kepakaran pemimpin wanita dari pelbagai peringkat melalui bimbingan tokoh wanita. Melalui program ini,tokoh wanita akan diberikan geran peruntukan untuk menjalankan program pembangunan kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang merangkumi aspek kepimpinan, politik, ekonomi, sosial, teknologi, perundangan, keselamatan, kesejahteraan, pendidikan dan kesihatan.

ATAS
Accessbility Option