INSTITUSI KEBAJIKAN
Terdapat enam (6) jenis Institusi Kebajikan yang disediakan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam memberikan pemeliharaan, perlindungan atau pemulihan berdasarkan kategori tertentu kanak-kanak berkenaan. Kaedah kemasukan dan tempoh pemeliharaan, perlindungan atau pemulihan kanak-kanak ini adalah melalui Perintah Mahkamah (Mahkamah Bagi Kanak-Kanak) berdasarkan Akta Kanak kanak 2001 (Pindaan 2016) atau Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM Pindaan 2007). Pautan yang disediakan akan memberikan maklumat lebih lengkap kepada institusi kebajikan berkenaan.