LENSA KPWKM

ASEAN DISABILITY FORUM (ADF) CONFERENCE 2025

Program      3 Disember 2025      Kuala Lumpur    

ASEAN Disability Forum (ADF) Conference 2025

3 Disember 2025

ASEAN Enabling Masterplan 2025 (EMP 2025): Mainstreaming the Rights of Persons with Disabilities berfungsi sebagai rangka kerja serantau untuk mempromosikan dan melindungi hak-hak Orang Kurang Upaya (OKU) di rantau ASEAN. Pelan Induk ini bertujuan untuk mengintegrasikan keterangkuman OKU merentasi ketiga-tiga tonggak komuniti ASEAN iaitu Politik-Keselamatan, Ekonomi dan Sosio-Budaya dan akan berakhir pada tahun 2025.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, hari ini telah merasmikan ASEAN Disability Forum (ADF) Conference 2025 di Kuala Lumpur. Bertemakan “Shaping ASEAN’s Inclusive Tomorrow”, persidangan tersebut menyediakan platform kepada penggubal polisi, sektor swasta, NGO dan rakan strategik ASEAN untuk membuat refleksi yang inklusif serta dialog berasaskan bukti ke atas Pelan Induk tersebut, dipandu oleh suara OKU dan organisasi yang mewakili mereka.

Dalam majlis perasmian tersebut, YB Menteri turut membuat peluncuran bagi perkhidmatan baharu yang diperkenalkan oleh Grab Malaysia iaitu GrabAssist. Perkhidmatan baharu ini direka khusus untuk menyokong penumpang yang memerlukan bantuan mobiliti dan aksesibiliti tambahan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Mr. Lim Puay Tiak, Pengerusi ASEAN Disability Forum; Encik Mohamad Sazali Shaari, Pengerusi Persekutuan Orang Pekak Malaysia dan pegawai-pegawai kanan Kementerian serta Agensi.

ATAS
Accessbility Option