Visibility and Knowledge-Sharing Event on Advancing Women, Peace and Security (WPS) in ASEAN
17 Mac 2026
KPWKM terus komited memperkukuh agenda Women, Peace and Security (WPS) di peringkat serantau ASEAN melalui penyertaan dalam Visibility and Knowledge-Sharing Event on Advancing Women, Peace and Security (WPS) in ASEAN yang telah berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Program yang dianjurkan dengan sokongan UN Women serta kerjasama rakan dialog antarabangsa termasuk United Kingdom dan Kanada ini memberi tumpuan kepada sorotan pencapaian, pengajaran (lessons learned) serta amalan terbaik daripada pelaksanaan ASEAN RPA-WPS.
Sesi pembukaan menampilkan kepimpinan utama WPS ASEAN serta wakil misi diplomatik yang menekankan kepentingan kesinambungan komitmen serantau terhadap agenda ini dengan memberi fokus kepada:
* Perkongsian dapatan penilaian bebas bagi fasa pertama program Empowering Women for Sustainable Peace (2021–2026).
* Penyebaran produk pengetahuan termasuk video amalan terbaik dan sumber digital melalui ASEAN WPS Knowledge Hub.
* Pembentangan hala tuju Program WPS ASEAN Fasa II (2026–2030) bagi memastikan kesinambungan dan impak yang lebih mampan.
Dalam sesi pagi, Puan Hanani binti Sapit turut berkongsi perkembangan Malaysia yang telah membangunkan National Action Plan (NAP) on WPS pada tahun lalu dan kini dalam usaha memperkukuh pelaksanaannya secara menyeluruh.
Di samping itu, Sesi Partner Reflections menampilkan pandangan strategik daripada rakan kerjasama utama termasuk ASEAN Institute for Peace and Reconciliation (ASEAN-IPR), Secretary General of AIPA, Office of the Presidential Adviser on Peace, Reconciliation and Unity (OPAPRU) serta AICHR Malaysia, yang menekankan kepentingan kolaborasi dalam memperkukuh agenda WPS di peringkat serantau dan nasional.
Manakala sesi petang memberi tumpuan kepada diskusi dan soal jawab interaktif, merangkumi kemajuan ASEAN RPA-WPS, cadangan WPS Summit 2025 serta kaitannya dengan visi ASEAN 2045 selain sesi mengenal pasti keutamaan strategik WPS bagi tempoh 3–5 tahun akan datang.
Penyertaan ini membolehkan delegasi mengenal pasti jurang kapasiti, memperluas kerjasama strategik serta menyokong perancangan pelaksanaan WPS yang lebih inklusif dan berimpak tinggi.
Delegasi Malaysia yang diwakili oleh Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita dan Priscella Kula, Penolong Pengarah PPWN WP mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh agenda WPS di peringkat ASEAN.